Assalamualaikum dan ello!
Aaahchummm ..!!
ahh soryy2!, aku tak sehat hari ni.. selsema and demam sikit.
macam ni la bila sorang kena dengan yang lain satu family habis kena jugak. dari minggu lepas lagi anak2 sedara aku kena lepas sorang, yang sorang lagi kena. pastu abg, mak aku sumer amek turn masing2. tapi kenapa AKU pon kena? Whyy?? sekarang ni dah meleleh2 dah ni.. bukan setakat hidung, air mata pon join sekali.. srot2 *maaf ader unsur2 kegelian di situ
korang selalu tak kena macam ni?
sila bayangkan aku berada dalam situasi abang ni.. huhuhu |
Oleh kerana tak tahan sangat , aku try search online kalau ade cara2 yang boleh kurangkn selsema ni. aku dah telan ubat tp mcm tak berkesan je? eh, ke aku makan ubat ape td? Uh oH..
aku jumpe ni and nak share ngn korang sikit.
aku jumpe ni and nak share ngn korang sikit.
- Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus.
- Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung.
- Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, iaitu 6-12 kali dalam setahun manakala dewasa mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.
Antara gejala-gejala demam selsema :
- Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
- Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
- Bersin.
- Hidung tersumbat.
- Sakit kepala.
- Adakalanya, demam yang ringan.
- Sakit badan.
- Mata berair.
Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema. Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah : -
- Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya.
- Warga-warga tua
- Golongan yang sangat muda.
Ingat untuk berunding dengan doktor jika
- Selsema yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38°C atau demam ringan yang berpanjangan.
- Berlakunya sakit dada.
- Terdapat kesusahan bernafas.
- Terdapat kahak berwarna kuning.
Penjagaan kendiri
- Berehat
- Rawatan simptomatik, seperti dengan agen analgesik (penahan sakit), yang mengurangkan demam dan antihistamin, boleh dijalankan dengan ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter, selepas berunding dengan pegawai farmasi anda.
- Minum banyak cecair, kedua-dua air dan jus.
- Inhalasi (sedutan).
Elakkan
- Merokok.
- Membatuk atau bersin berdekatan orang/benda lain, terutamanya bayi dan makanan.
- Memaksa hembusan dengan kedua-dua liang hidung tertutup kerana ini mungkin mengakibatkan jangkitan di telinga tengah.
- Memandu semasa mengambil ubat-ubatan untuk batuk dan selsema.
- Ubat-ubatan yang mengandungi salisilat, misalannya aspirin.
Tabiat-tabiat yang baik
- Berpakaian secara munasabah bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.
- Tidur secukupnya.
- Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu apabila anda sedang bersin.
- Basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan makanan.
- Hembus hidung anda, bila perlu, dengan satu atau kedua-dua liang hidung terbuka.
- Baca arahan dengan teliti sebelum mengambil sebarang ubat.
- Amalkan gaya hidup yang sihat.
- Makan makanan yang seimbang.
- Senam selalu.
sumber : www.efarmasi.com.my
Nah! panjang lebau info dia tp berguna kan? harap korang bace info2 kat atas ni. jangan jadi cam aku .dah kena baru nk korek kat internet cari macam mane na hilangkan selsema ni. bak kate orang
"mencegah lebih baik dari mengubati".
tak gitew? :)
4 comments:
haha..selesema pi dekat ngn dia. nnt sy bg upah..^^
huwaa... tak tahaaannnn!
Huh.Kalau sy slsema , cucuk hidung pakai tisu je
kang hidung makin lama makin besar.. hahaha
Post a Comment